Previous Next

KASIH DAN SAYANG KEPADA CHINA

Encik Ryu Junsei menyedari bahawa COVID 19 adalah masalah sejagat dan sebagai seorang warga global yang prihatin, beliau telah membuat misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke China. Melalui Kedutaan China di Malaysia topeng mulut dan hidung serta pakaian perlindungan telah dihantar ke China. Tabahkan diri China dan kami mengamibil berat!
Previous Next

IPO

Tahniah kepada Phoenix Plus Corp di atas kejayaan mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Pertukaran Securiti (Security Exchange Commission) Amerika Syarikat. Kejayaan ini adalah batu loncatan menuju ke arah pasaran saham Amerika Syarikat dan titik permulaan ke Bursa Saham New York.
Previous Next

TEMUBUAL

Pengasas Phoenix Plus, Encik Delon Fong ditemu bual oleh sebuah media sosial tempatan iaitu Chaptersmya. Antara lain, Encik Fong berkongsi pengalaman mengenai penglibatan beliau di dalam perniagaan. Keberanian yang dibina di dalam diri beliau sendiri membuatkan beliau lebih yakin apabila berhadapan dengan cabaran. Beliau juga percaya bahawa pasukan yang kuat dan berintegriti amat penting bagi mencapai kejayaan.

Encik Fong bertemu dengan seorang mentor yang hebat yang mampu memberi pandangan yang lebih mendalam dan membuatkan perniagaan beliau semakin maju.

Walaubagaimanapun, Encik Fong faham akan pentingya bagi beliau memperlengkapkan diri dengan pengetahuan dan terus memperbaiki diri sendiri terlebih dahulu. Bermula sebagai seorang yang berkarier, kini memiliki empayar perniagaan sendiri dan sedang menuju ke pasaran saham New York.
Previous Next

LAWATAN KE JEPUN

Lawatan lanjut ke Jepun yang memberi lebih bermanfaat kepada Phoenix Plus Corp di dalam modal operasi.

Taklimat akhir di kalangan “fantastic four” dari Phoenix Plus Corp. sebelum keberangkatan Encik Delon ke Jepun. Orang yang berjaya tidak mensia-siakan masa.
Previous Next

PERASMIAN PEJABAT BAHARU

Tahniah kepada Phoenix Plus Corp di atas perasmian pejabat baharu.

Dengan keluasan keseluruhan 12,000 kaki persegi, Phoenix Plus Corp kini bersedia beroperasi sepenuhnya. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua 800 tetamu jemputan yang sudi hadir bagi memeriahkan lagi majlis pembukaan rasmi pejabat baharu. Diharap tetamu yang hadir telah terhibur dengan acara yang telah diatur. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada rakan-rakan niaga yang telah bertungkus-lumus menjayakan upacara pembukaan rasmi ini.

Sekali lagi, tahniah kepada Phoenix Plus Corp di atas prestasi cemerlang yang dicapai hanya dalam jangkamasa lima tahun. Kami akan berusaha lebih gigih membawa rakan rakan niaga kami ke pasaran saham Amerika Syarikat dan bekerjasama bagi mencapai kemakmuran.
Previous Next

KAMI TELAH BERPINDAH

Phoenix Plus Corp telah berpindah ke pejabat baharu di Jalan Klang Lama, Bedford Business Park. Pejabat baharu ini berkeluasan 12,000 kaki persegi.

Dengan rekaan dalaman yang bercita rasa tinggi, pejabat baharu ini memberi keselesaan yang lebih santai dan mesra kepada pelanggan dan rakan kerja. Pejabat baharu ini lengkap dengan ruang istirehat VIP, bar kopi dan bilik gim.
Previous Next

SELAMAT ULANG TAHUN PHOENIX VIETNAM

VSUN Corp adalah rakan niaga Phoenix Plus Vietnam dengan nilai jualan tahunan sebanyak 100 juta dollar Amerika (penghasilan panel solar)