Nilai Teras Kami Iaitu

Integriti

Cabaran dan peluang adalah sebahagian dari integriti. Kami harus tabah. Nilai kemanusiaan adalah aspek yang diberi penekanan dan sebahagian dari tradisi kami.

Nilai Teras Kami Iaitu

Produktiviti

Di dalam melaksanakan tanggungjawab, kami meletakkan kepentingan terhadap keberkesanan dan produktiviti.

Nilai Teras Kami Iaitu

Tanggunjawap

Kami berbangga dengan tanggungjawab kami bagi memberi manfaat bersama kepada pelanggan dan syarikat.
Image

Mengenai Kami

Syarikat Phoenix Plus Properties Sdn Bhd telah diasaskan pada bulan Jun tahun 2015 oleh Encik Delon Fong yang juga merupakan Pengarah Urusan syarikat. Phoenix Plus mula mengorak langkah dan menceburi bidang hartanah secara perlahan-lahan. Dari pengalaman yang diperolehi, Phoenix Plus semakin yakin dan muncul sebagai pesaing yang disegani di dalam bidang hartanah walaupun baharu dibidang ini . Dalam jangkamasa kurang dari 4 tahun sejak penubuhan Phoenix Plus, ianya telah berjaya menguasai projek-projek berprestij seperti ARC @ Ampang, Damai Vista @ Alam Damai, Rivera @ KL Central, KWRC @ Kuantan, Picasso @ KL, Univ360@Seri Kembangan dan lain lain.

Selaras dengan kemajuan teknologi dan di dalam usaha meletakkan Phoenix Plus sebagai syarikat moden dan profesional. Ini adalah titik permulaan yang penting bagi Phoenix Plus di mana Phoenix mula mengorak langkah di dalam mempelbagaikan usaha niaga yang lain. Di antara industri baharu yang diceburi adalah industri tenaga mampan dan mampu diperbaharui. Industri tenaga mampan dan mampu diperbaharui ini telah menarik minat Phoenix Plus dan pada masa yang Phoenix Plus juga turut mengambil berat tentang isu pemanasan global.

Phoenix Plus berazam untuk menjadi contoh dan mempunyai praktik perniagaan yang terbaik di dalam industri tenaga mampan dan mampu diperbaharui. Kami mahu menjadi rakan kongsi yang boleh dipercayai dan bersama-sama menghasilkan solusi tenaga yang efisien melalui semangat, menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran, kolaborasi dan penekanan terhadap kepuasan pelanggan tanpa kompromi.

Pernyataan Misi

Phoenix Plus komited di dalam perkhidmatan cemerlang:-

Image
Memberi perkhidmatan yang sopan, efisien dan efektif kepada pelanggan-pelanggan kami.
Image
Produk dan perkhidmatan yang diberi adalah berkualiti baik, selamat dan efektif digunakan.
Image
Harga yang ditawarkan adalah adil dan berpatutan bagi nilai yang diterima.
Image
Iklan-iklan adalah jujur dan informatif.
Image
Aduan diterima dengan hormat dan diselesaikan dengan sebaik-baiknya.
Image
Senantiasa memperbaiki keseluruhan standard kami melalui maklum balas dari pelanggan dan pekerja.
Copyright © 2024 Phoenix Plus Corp. All Rights Reserved.