Peristiwa Penting

2020

JAN 2020
MENUJU KE BURSA SAHAM NEW YORK!


Tahniah kepada Phoenix Plus Corp di atas kejayaan mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Pertukaran Securiti (Security Exchange Commission) Amerika Syarikat. Kejayaan ini adalah batu loncatan menuju ke arah pasaran saham Amerika Syarikat dan titik permulaan ke Bursa Saham New York.

2020

2019

SEP 2019
PERASMIAN PEJABAT BAHARU

ahniah kepada Phoenix Plus Corp di atas perasmian pejabat baharu. Dengan keluasan keseluruhan 12,000 kaki persegi, Phoenix Plus Corp kini bersedia beroperasi sepenuhnya. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua 800 tetamu jemputan yang sudi hadir bagi memeriahkan lagi majlis pembukaan rasmi pejabat baharu. Diharap tetamu yang hadir telah terhibur dengan acara yang telah diatur. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada rakan-rakan niaga yang telah bertungkus-lumus menjayakan upacara pembukaan rasmi ini.
Sekali lagi, tahniah kepada Phoenix Plus Corp di atas prestasi cemerlang yang dicapai hanya dalam jangkamasa lima tahun. Kami akan berusaha lebih gigih membawa rakan rakan niaga kami ke pasaran saham Amerika Syarikat dan bekerjasama bagi mencapai kemakmuran.


MAR 2019
PHOENIX KINI DI VIETNAM

Phoenix berjaya memeterai perjanjian dengan sebuah syarikat Jepun yang tersenarai di Bursa Saham Jepun. Seterusnya, tanpa kenal penat lelah, Phoenix sekali lagi mengorak langkah dan kali ini ke Vietnam. Kini Phoenix melabur di dalam pembangunan tenaga solar di Vietnam dengan syarikat VSUN yang juga mempunyai perancangan untuk disenaraikan di pasaran saham. VINACONEX TOP 5 Encik Yong, Pengerusi bagi syarikat yang tersenarai di bursa saham Vietnam, berbincang mengenai kerjasama perniagaan. WWS Pengerusi syarikat, Encik TU membincangkan tentang proses bekerjasama dengan syarikat Vietnam bagi tujuan untuk disenaraikan di pasaran saham Amerika Syarikat.


JAN 2019
LAWATAN KUNJUNG HORMAT

Delon Fong, Ketua Pegawai Eksekutif kepada Phoenix Plus Corp bertemu dengan Presiden syarikat Abalance Solar Group Japan, Encik Ryu Junsei. Pertemuan ini amat penting kerana ianya simbolik kepada persefahaman di antara kedua-dua pihak untuk menjalin kerjsama erat.

Copyright © 2024 Phoenix Plus Corp. All Rights Reserved.